Friday, July 30, 2010

Aumuni kembali ;)



A.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m wrbt

Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah.. 
kaifahalukum fi hazal yaum?..Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya, kita masih diberi kekuatan untuk hidup bersama islam dalam suasana hari ini... 
Alhamdulillah, Allahu'aziz masih memberi kita keupayaan untuk menaip, membaca, mengingat dan sebagainya..bila dikaitkan perkaitannya, terasa Ar-rahmannya Allah swt kepada kita..kebolehan yang kita ada ini, semuanya dengan izin Allah swt... 


Pertamanya, ana minta maaf kerana tidak berkesempatan untuk 
terus update di sini, hanya Melalui sms/call shj yang meneruskan perjuangan ni.
 Semester baru dah bermula, yea sangat mencabar.  3minggu telah berlalu, semua kelas telah memberikan mukadimahnya..Masya-Allah, benar-benar apa yang dikatakan..inilah sebenarnya cabaran sebelum berhadapan dengan dunia sebenar.
semoga Allah memberi kekuatan dalam menyempurnakan setiap amanah dan setiap  Tanggungjawap yang disandarkan keatas ana.
Di samping menyempurkan kan setiap HAK HAK yang perlu di laksanakan
terhadap keluarga, sahabat2, keluarga Farabi, juga kepada semua guru2 yang bergelar tok guru sepanjang hayat,sekeliling ana..namun dalam kekhilafan ana dlm menguruskan masa mungkin ramai rase terabai, ana minta maaf sgt2. bukan itu niat di hati, namun masih tidak mampu ana laksana segalanya. Namun, doakan ana ye semua. Kerana Berkat Doa kalian dan merekalah yang di perlukan..

MasyaAllah benar2 amanah yang ada melebihi waktu yang ade.
Namun, padaNya ana tetap berharap agar segalanya dipermudahkan, lagi2 apabila MEDAN INI JUGALAH SUMBER ANA MENERUSKAN PENGAJIAN DI SINI. INSYAALLAH
InsyaAllah, ana kan cuba untuk terus berjuang di jalan Ini. Dan dengan NamaNya ana kan teruskan hidup ini. Namun, lewat kebelakangan ini, dek kekangan waktu yang ada untuk ana juga menjalankan tanggungjawap terhadap Saudara2 ana. Rasa Cinta dan Rindu dengan semangat2 dan Sayang pada Saudara se Akidah kita sering bertandang di hati ini.




Bagaimanakah mereka disana? bersama2 Aktivis lifeline 2 Gaza, kdg kala mengubati sedetik khabar mereka, juga dari paparan2 mereka di sana. Namun, tidak cukup dgn itu, 
BAK KATA2 AKTIVIS GAZA SAUDARA RIDUAN MUHAMMAD NOR :
BAGAIMANA KITA PAKAI??
KITA MAHU MEREKA JUGA PAKAI...
BAGAIMANA KITA MAKAN??
KITA MAHU MEREKA JUGA MAKAN...
BAGAIMANA KITA SELESA??
KITA MAHU MEREKA SELESA...
BAGAIMANA KITA SEKOLAH??
BEGITULAH KITA MAHU MEREKA MENCAPAINYA




YA ALLAH AMPUNKAN SEGALA KELALAIAN KAMI YA ALLAH
MENGINGATI KATA2 ABU YASIR:
SESUNGGUHNYA JIWA2 KAMI AKAN BANGKIT DAN BERTANYA APAKAH YANG KALIAN LAKSANAKAN??
mengegar jiwa ana.... mampukah ya allah kita semua menjawapnya...





Maka dengan ini, 5%  daripada pembelian sahabat2 semua akan di salurkan kepada  'TABUNG PALESTIN HALUAN'. Dengan kata lain, setiap kali pembelian sahabat2 semua, automotik akan dijadikan sedekah kepada saudara2 kita di sana. InsyaAllah




Semoga Allah sentiasa merahmati ,  mengasihi dan membantu kita semua dalam mengejar KEREDHAAN Nya yang utama ,
Salam Mawaddah kepada semua...
Assalamualaikum wrbt
- aumuni-

2 comments:

  1. enti jadikla follower blog ana.. hehe... bagos pjuangan enti yerk.. troskn mbantu saudara kte di Palestine.. Klo bkn kte, sapa lagi.. takbir!!!

    ReplyDelete
  2. A'kum. Teruskan usaha murni ini. Moga dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete